Senin, 28 November 2011

Cara Rosullullah Menjaga Keharmonisan Rumah Tangga

1-Tidur dalam 1 selimut meskipun isterinya haid

Dari Ata' bin Yasar: Sesungguhnya Rasulullah saw & Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam bekas. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut tiba tiba Aisyah bangkit. Baginda bertanya, "Kenapa engkau bangkit?”, jawab Aisyah, "kerana saya haid".
Sabda Rasulullah saw, “kalau begitu pergilah, lalu pakailah kain & dekatlah kembali padaku”. “Aku pun masuk lalau berselimut dengan baginda”.
(Hadis riwayat Said b Mansur)

2-Menyembur wangian pada bahagian aurat

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: sesungguhnya Nabi saw apabila mewangikan badannya, baginda akan memulai dengan bahagian auratnya menggunakan nurah (sejenis pewangi), & isterinya akan meminyaki bahagian lain tubuh baginda.
(Hadis riwayat Ibn Majah)

3-Mandi bersama sama isteri

Dari Aisyah r.a beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi saw dalam satu bekas. Kami bersama sama memasukkan tangan kami dalam bekas tersebut".
(Hadis riwayat Abdurrazaq & Ibn Abu Syaibah)

4-Menyikat rambut Nabi

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Saya biasa menyikat rambut Rasulullah saw, ketika itu saya sedang haid.
(Hadis riwayat Ahmad)

5-Meminta isteri meminyakkan badan

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya meminyakkan badan Rasulullah saw pada hari raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jamrah aqabah.
(Hadis riwayat Ibn Asakir)

6-Minum bergantian pada tempat yang sama

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawa tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu menghirup airnya.
(Hadis riwayat Abdurrazaq & Said b Mansur)

7-Mencium isteri walaupun sebelum solat

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Nabi saw biasa mencium isterinya setelah mengambil wudu', kemudian baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya.
(Hadis riwayat Abdurrazaq)

8-Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan panggilan yang disukai seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima)

9-Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

Nabi saw biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & baginda berkata, Wahai Uwaisy, bacalah doa "Wahai Tuhanku Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkan kekerasan hatiku & lindungilah aku dari dosa fitnah yang menyesatkan”.
(Hadis riwayat Ibn Sunni)

10-Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Aku pernah tidur bersama Rasulullah saw di atas 1 tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda mencucinya & tidak pula berpisah dari tempat duduk itu, lalu baginda kembali baring disisiku, apabila darahku sekali lagi menitis, baginda mencuci lagi titisan darah & tidak berpindah dari tempatnya, kemudian baginda pun bersembahyang dari tempat itu.
(Hadis riwayat Nasai)

11-Memberikan hadiah pada isteri

Dari Ummu Kalthum bin Abu Salamah, Rasulullah saw bersabda padanya. "Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika ianya dikembalikan aku akan memberi kepada isteri isterinya masing masing 1 botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian berenda tersebut baginda berikan pada Ummu Salamah.
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Kamis, 24 November 2011

Buat Ibu dan Bapak

 Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang Mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka Sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontoknya dosa-dosa mereka,
meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Karunia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih Di antara semua pengasih

Minggu, 20 November 2011

Neraka Jahanam

"Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat"
-->Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
-->Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
-->Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
-->Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
-->Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
-->Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
-->Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
-->Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
-->Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
-->Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
wallahu'alam

Ya Allah,
Ampunilah dosa2 kami,
dosa2 kedua ibu bapa kami dan dosa2 orang2 disekeliling kami,
jauhilah kami dari azab api nerakamu,
Rahmatilah kami dan berilah ampunan kepada kami,
sesungguhnya hanya pada Engkat tempat kami mengharap
dan meminta pertolongan..
Amin ya Rabbal Alamin..